Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

35) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah ada kajian telah dibuat berkenaan tahap kepuasan pelanggan kepada sistem perkhidmatan PBT di Selangor? Jika ada senaraikan

    Satu kajian telah dibuat berkenaan tahap kepuasan pelanggan untuk menambahbaik Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang telah dijalankan oleh pihak Merdeka Center For Opinion Research dengan beberapa siri seperti berikut:

    • Siri 1/2014 (Jun-Ogos 2014) dan Siri 2/2014 (September sehingga November 2014)
    • Siri 2015 (November 2015 sehingga Mac 2016) yang merupakan kesinambungan daripada Siri 1/2014
    • Siri 2017 (Februari sehingga Julai 2017)

    Objektif dan matlamat cadangan kajian ini adalah untuk meneliti tahap kepuasan pelanggan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan PBT yang diberikan, mengukur tahap penglibatan antara kerajaan tempatan dan masyarakat.

    Selain itu juga, setiap 2 tahun sekali, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating PBT ke atas prestasi penyampaian perkhidmatan 101 PBT di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan penilaian tersebut, secara keseluruhannya terdapat peningkatan 5 bintang daripada tahun 2016 iaitu semua PBT Negeri Selangor telah memperoleh penarafan 5 bintang untuk tahun 2018. Berikut adalah 12 PBT mengikut turutan di bawah Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan:

     

    Tahun PBT (%)
    2018 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPj) 97.60
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 97.50

     

    Tahun PBT (%)
      Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MPAJ) 96.85
    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 96.74
    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 96.29
    Majlis Daerah Subang Jaya (MPSJ) 96.04
    Majlis Perbandaran Klang (MPK) 96.03
    Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 95.20
    Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 94.71
    Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 93.64
    Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 92.66
    Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 91.61

     

Lampiran

Tiada Lampiran.