Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

74) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Selangor yang dinilai dalam tempoh 5 tahun terdahulu.

    Penilaian dilaksanakan oleh pasukan Panel Penilai melalui Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang membuat lawatan ke PBT mengikut jadual yang dipersetujui bersama PBT. Pada asasnya penggredan akan dilakukan setiap 2 tahun sekali. Justeru, berikut disenaraikan lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Selangor yang dinilai dalam tempoh 5 tahun terdahulu (2011-2015):-

     

    Bil.

     

    2011

     

    2013

    1. Majlis Perbandaran Subang Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    3. Majlis Perbandaran Klang Majlis Perbandaran Klang
    4. Majlis Bandaraya Shah Alam Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya Majlis Perbandaran Selayang

    ** Perincian adalah seperti di Lampiran 1

    Walaubagaimanapun, laporan bagi Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) tahun 2015 masih di peringkat embargo dan akan dimaklumkan selepas dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SSR-PBT di KPKT untuk dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.