Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

124) PRESTASI PNSB

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah projek-projek PNSB dan anak syarikatnya serta status pelaksanaan dari 2008 Ð 2013?

    Bagi tempoh 2008 – 2013 hanya satu (1) projek pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh PNSB dan anak syarikatnya iaitu Cadangan Membangunkan Sebahagian Lot 13574 Di Kawasan Ladang Air Manis, Mukim Panchang Bedena, Daerah Sabak Bernam, Selangor Seluas Lebih Kurang 25 Ekar Bagi Tujuan Perumahan. Status pelaksanaan pada ketika ini adalah di peringkat awal iaitu permohonan kelulusan dari Majlis Daerah Sabak Bernam, meliputi Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah dan sebaginya. Kebenaran Merancang telah diluluskan oleh MDSB, di mana komponen projek terdiri daripada Kawasan Rehat dan Rawat (R & R), Gerai, Stesyen Minyak, Bangunan Perniagaan, Rumah Kos Sederhana, Rumah Town House dan Rumah Mampu Milik.

Lampiran

Tiada Lampiran.