Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

248) Prestasi Projek Lantikan Terus Di PBT Dan Pejabat Tanah Dan Daerah

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menambahbaik kaedah lantikan terus oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah dan Daerah seperti yang diamalkan buat masa kini?

    Berasaskan Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957, semua Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) baik di peringkat Persekutuan dan Negeri bertanggungawab mematuhi dan terikat dengan Arahan Perbendaharaan berhubung peraturan kewangan dan perakaunan utama dalam pengurusan kewangan Kerajaan. Dalam Arahan Perbendaharaan tersebut, ia mengandungi arahan-arahan mengenai pengurusan belanjawan, hasil, perbelanjaan, perolehan dan Aset Awam. Bagi memperkemas dan memantapkan pelaksanaan Arahan Perbendaharaan, ia diterjemahkan dalam bentuk Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan agar Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) dapat mengambil tindakan dan membuat keputusan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Justeru, dalam hal perolehan Kerajaan, semua jabatan dan agensi di Negeri Selangor tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan, Pekeliling serta Peraturan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

    Menurut Arahan Perbendaharaan (AP180.1) dan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia berkenaan Kaedah Perolehan Kerajaan (PK2.1) menjelaskan seperti berikut:-

    “Kaedah lantikan terus hanya ditetapkan bagi perolehan kerja. Kerja-kerja yang bernilai tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor Gred G1 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)”.

    Justeru, Kerajaan Negeri Selangor akan terus akur kepada tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling yang berkuatkuasa dalam pengurusan perolehan Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.