PRESTASI SKIMSEL DAN MIMBAR

43) PRESTASI SKIMSEL DAN MIMBAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang telah mendapat manfaat dari kedua-dua skim berkenaan.

    Program MiMBAR Selangor menyediakan dua (2) jenis program bantuan iaitu program mikrokredit dan program bantuan niaga. Program mikrokredit bermaksud program yang menyalurkan bantuan pinjaman dalam bentuk mikrokredit yang bertujuan menambah dana perniagaan manakala program bantuan niaga merupakan satu program yang memberi bantuan peralatan, ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga kecil bagi membantu menambah hasil jualan dan pendapatan mereka.  Justeru, bermula dari 3 Mac 2011 sehingga Jun 2012, MiMBAR Selangor telah memberikan pinjaman mikrokredit tanpa faedah dan caj pengurusan ini kepada seramai 4,442 peniaga kecil di seluruh bandar di Negeri Selangor.  Manakala pinjaman berbentuk bantuan niaga yang telah diluluskan pula seramai 40 orang penerima kiosk burger, 49 orang penerima kiosk ice blended, 11 orang kiosk ayam rangup, dan 1 orang penerima kiosk ais krim.  Jumlah keseluruhan menunjukkan seramai 101 penerima bantuan niaga. Tawaran baru bagi pakej kombo mikrokredit dan produk mampu pasar dan milik bernilai RM500 seperti susu kambing kolagen dan DHA, jeruk, kopi susu kambing, kopi nenas dan kopi anti stress serta produk kecantikan nuroselle pula ditawarkan kepada seramai 859 orang.

    Kumulatif  jumlah kemasukan sadiq sehingga kini adalah seramai 5,942 orang. Jadual dibawah menunjukkan kemasukan sadiq mengikut cawangan.

         
    CAWANGAN   Sadiq 2012   Kumulatif Sehingga 31hb Mei 2012
         
    Sabak Bernam 95 1,035
    Hulu Selangor 132 846
    Kuala Selangor 154 927
    Hulu Langat 246 1,028
    Kuala Langat 190 878
    Sepang 164 616
    Gombak 82 142
    Petaling 130 215
    Klang 190 255
         
    SKIMSEL   1,383   5,942
     

Lampiran

Tiada Lampiran.