PRESTASI SUKAN NEGERI SELANGOR

71) PRESTASI SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Secara umum di manakah tahap kemajuan sukan negeri Selangor?

    Majlis Sukan Negeri Selangor secara khususnya menjalankan program untuk sukan prestasi tinggi dengan kerjasama persatuan sukan negeri yang bergabung dengan majlis. Melalui perancangan jangkamasa panjang dengan persatuan, pelbagai program dirancang untuk menyediakan pasukan ke tahap yang lebih tinggi. Melalui program yang konsisten, tahap kemajuan sukan – sukan ini sedikit demi sedikit meningkat.

    Secara umumnya kemajuan sukan negeri Selangor masih di tahap yang membanggakan. Kebanyakan sukan-sukan negeri Selangor menyerlah di peringkat kebangsaan. Di peringkat SUKMA pula, walaupun Selangor mendapat naib juara sejak 2008 sehingga 2011, ini adalah berpunca daripada monopoli sukan dari negeri-negeri tertentu dan bukannya disebabkan oleh prestasi atletatlet negeri Selangor. Walaubagaimanapun Selangor masih mendahului pungutan pingat secara keseluruhannya. Di peringkat kebangsaan (senior), Selangor sentiasa dilihat sebagai pesaing utama dalam sukan tertentu.

    Selain daripada itu, kemajuan sukan negeri Selangor boleh dilihat dengan penyertaan atlet-atlet yang terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan besar seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komenwel, dan juga kejohanankejohanan peringkat antarabangsa. Kemajuan sukan ini juga adalah seiring dengan kemudahan sukan yang terdapat di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.