PRESTASI SUKAN NEGERI SELANGOR

61) PRESTASI SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Sukan di Negeri Selangor meningkat?

    1. Arena sukan di negeri Selangor telah menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini, program pembangunan yang dirancang telah melahirkan ramai atlet yang berkualiti diperingkat negara dan bertaraf dunia. Peningkatan dari sukan lumba basikal, tenpin bowling, renang dan perahu layar menunjukkan program-program pembangunan yang telah dirancang telah membuahkan hasilnya. Ini kerana peningkatan prestasi dari sukan lumba basikal, atlet Mohd Rizal Tisin setaraf dengan pelumba-pelumba peringkat  bertaraf dunia. Begitu juga atlet dari sukan layar Mohd Faizal Bin Norizan telah banyak memenangi kejohanan diperingkat Asia dan

     

    Atlet -atlet negeri Selangor yang lain seperti Mohamad Akmal Amrun dan Nurul Ahmar dari sukan lumba basikal, Zulmazran Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah Abd Rahman dari sukan tenpin bowling, Foo Jian Beng dan Khoo Cai Lin dari sukan renang, Ainil Johari Abu Bakar dari sukan golf telah banyak mengharumkan nama negeri Selangor baik dari peringkat negeri atau peringkat kebangsaan.

     

    Secara keseluruhannya sukan di negeri Selangor telah menunjukkan  peningkatan  kerana ramai atlet dari negeri Selangor telah menguasai kejohanan di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan serta terpilih mewakili negara untuk menyertai kejohanan- kejohanan diperingkat antarabangsa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.