Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

49) PRESTASI SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan dengan terperinci prestasi kewangan syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri Selangor dari segi perolehan (revenue), keuntungan (profit) dan sebarang pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu

    Kerajaan Negeri telah memiliki sebanyak RM287.7 juta saham melalui 4 buah anak
    syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB),
    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Selangor State Investment Centre Berhad
    (SSIC) dan Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYS). Walaubagaimanapun, SSIC dan
    PIYS hanya menjadi anak syarikat Kerajaan Negeri pada tahun 2007 yang lalu.
    KDEB telah mencatat keuntungan tertinggi pada tahun 2003 sebanyak RM65.0 juta,
    namun mengalami kerugian yang mendadak tahun berikutnya sebanyak RM298.6 juta
    berikutan pembiayaan kerugian Amanah Saham Selangor (ASAS). Manakala PNSB
    telah mencatatkan keuntungan tertinggi pada tahun 2007 sebanyak RM12.5 juta dan
    mengalami sedikit kerugian pada tahun 2005 sebanyak RM640 ribu. Kerajaan Negeri
    telah menerima sebanyak RM4.32 juta daripada PNSB bagi bayaran dividen untuk
    tempoh 5 tahun tersebut. Maklumat terperinci prestasi kewangan yang melibatkan hasil
    (revenue) dan keuntungan (profit) Anak-anak Syarikat ini bagi tahun 2003-2007 adalah
    seperi di Lampiran.

    LAMPIRAN
    Prestasi Kewangan yang Melibatkan Hasil (Revenue)
    dan Keuntungan (Profit) Anak-Anak Syarikat
    Bagi Tahun 2003-2007
    (i) HASIL (“revenue”)
    HASIL (RM ‘000) TAHUN KDEB PNSB SSIC PIYS
    2003 391,821 20,477 – –
    2004 400,109 17,506 – –
    2005 346,230 28,702 – –
    2006 443,636 21,513 – –
    2007 432,895 31,612 5,057 76,689
    (ii) KEUNTUNGAN / KERUGIAN (“profit/loss”)
    KEUNTUNGAN / KERUGIAN (RM ‘000) TAHUN KDEB PNSB SSIC PIYS
    2003 65,035 11,430 – –
    2004 (298,576) 9,214 – –
    2005 (63,748) (640) – –
    2006 38,210 4,230 – –
    2007 37,266 12,489 644 490

Lampiran

Tiada Lampiran.