Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

241) PRINSIP BUDAYA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar budaya Negeri Selangor?

    1. Budaya adalah perlakuan harian dan cara hidup sesuatu kaum. Bagi Kerajaan Negeri, dasar budaya Negeri Selangor adalah mempamerkan cara hidup semua kaum dan etnik di Selangor dengan setulus mungkin. Jenis-jenis makanan, pakaian, permainan, tarian dan muzik adalah sebahagian daripada unsur dan elemen yang harus diketengahkan dalam mengenali budaya sesuatu kaum. Selain itu turut mengambil kira dasar kebudayaan kebangsaan, iaitu:-

     

    1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
    2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
    3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.