Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

138) PRODUCTS MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kerajaan negeri memantau dan memastikan barang-barang makanan dan minuman mempunyai akuan halal selepas kebanjiran produk dari luar negeri berada di pasaran?

    Berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011, perakuan halal hanya diwajibkan terhadap semua produk hasilan daging yang diimport dari luar negeri. Bagi produk makanan dan minuman yang lain, perakuan halal yang dikuatkuasakan adalah bersifat sukarela (tidak diwajibkan).

    Bagi menjamin status halal produk luar negeri, sehingga 24 Julai 2014, pihak JAKIM telah mengiktiraf 73 bahan pensijilan halal antarabangsa yang kompeten untuk memperakukan status halal produk di negara masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.