Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

26) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?

    Berpandukan Bancian Ekonomi 2011: Profil PKS oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang dijalankan setiap 5 tahun, sektor makanan ringan merupakan subsector di dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Daripada jumlah keseluruhan 645,136 bilangan pertubuhan IKS di Malaysia, dianggarkan sebanyak 125,801 (19.5%) IKS beroperasi di Selangor dan daripada jumlah tersebut, dianggarkan sebanyak 30,947 (24.6%) IKS makanan dan minuman di bawah sektor perkhidmatan dan dianggarkan sebanyak 18,995 (15.1%) IKS makanan dan minuman di bawah sektor pembuatan. Ini bermakna dianggarkan terdapat sejumlah lebih kurang 49,942 IKS makanan dan minuman di Negeri Selangor.

    Berpandukan Laporan Akaun Nasional, KDNK Mengikut Negeri 2005-2012 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap 5 tahun, sektor IKS Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23.5% (61.335 billion) kepada keseluruhan KDNK Malaysia. Daripada jumlah tersebut, IKS makanan dan minuman di bawah kategori pembuatan menyumbang sebanyak 15.1% daripada 32% dengan nilaian RM2,963,707,200.00 manakala IKS makanan dan minuman di bawah kategori perkhidmatan pulan menyumbang sebanyak 24.6% daripada 37.3% dengan nilaian RM5,627,976,930.00

Lampiran

Tiada Lampiran.