Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

108) PRODUK PELANCONGAN DAN WARISAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkenaan dengan Galeri Seni dan Muzium Tekstil di Royal Klang Club yang berjumlah RM30 juta serta Muzium Setem di Shah Alam yang berjumlah RM15 juta? Sila huraikan dengan terperinci.

    (i) Status terkini mengenai Muzium Setem sedang dalam mengenal pasti tapak yang berhampiran Pejabat Pos Besar Shah Alam oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor. Pihak UPEN adalah diberi tanggungjawab untuk menyelaraskan projek pembinaan muzium

     

    Pihak PADAT dan Persatuan Filateli Malaysia akan membantu dari segi pengisian dan keperluan bagi pewujudan sesebuah muzium. Manakala Pihak JKR adalah jabatan yang menguruskan pembinaan Muzium Setem.

     

    Mesyuarat bagi cadangan pembinaan Muzium Setem telah pun diadakan yang dipengerusikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

     

    (ii) Kertas cadangan Muzium tekstil telah diluluskan di peringkat Ahli lembaga Pengarah perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan satu Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan dan akan bersidang dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai cadangan pengisian Muzium Tekstil tersebut.

     

    1. Pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) masih belum menerima arahan rasmi berkenaan Projek Peta Kebudayaan, sebagaimana yang diberitahu oleh pihak UPEN (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan). Perkara ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada

     

    16 Mac 2016 dan pihak UPEN akan memberikan jawapan lebih lanjut mengenai perkara ini.

     

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPBT)

     

    1. Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016 yang lepas, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ada menyatakan berkenaan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membina Galeri Seni dan Muzium Tekstil di Kelab Diraja Klang dengan kos sebanyak RM30 juta dan Muzium Setem di Shah Alam dengan kos sebanyak RM15

     

    Bagi pembinaan Muzium Setem di Shah Alam, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) selaku pihak yang bertanggungjawab bagi menyelaras projek pembinaan Muzium Setem berkenaan telah mengadakan mesyuarat penyelarasan projek baru-baru ini di mana ia melibatkan beberapa buah agensi yang berkaitan termasuklah Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT), Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor.

     

    Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pembinaan muzium berkenaan iaitu berhampiran dengan Pejabat Pos Besar Shah Alam di Seksyen 12 Shah Alam.

     

    Pada masa yang sama, pihak PADAT dengan kerjasama Persatuan Filateli Malaysia akan membantu dari segi pengisian dan keperluan muzium berkenaan, manakala Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) adalah jabatan yang akan menguruskan pembinaan Muzium Setem itu nanti.

     

    Bagi pembinaan Galeri Seni dan Muzium Tekstil di Kelab Diraja Klang, kertas cadangan berkenaan telah diluluskan di peringkat Ahli lembaga Pengarah PADAT dan satu Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan dan akan bersidang dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai cadangan pengisian Muzium Tekstil tersebut. Kerajaan Negeri melalui PADAT akan sentiasa memantau dan menyelaras pelaksanaan projek ini agar ia dapat dizahirkan seperti yang diharapkan di dalam Belanjawan Negeri Selangor 2016.

     

    1. Perkembangan bagi Projek Peta Kebudayaan Negeri Selangor dengan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan PUSAKA sedang berjalan dengan baik. Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan

     

    Belanjawan 2016 yang lalu, Projek Peta Kebudayaan yang memakan belanja sebanyak RM1juta akan menyelami dan mengkaji bagi tujuan pemuliharaan budaya-budaya persembahan dan tradisi bagi suku kaum Mah Meri, suku kaum Temuan dan Kompang Jawa.

     

    Selain itu, Projek ini mempunyai hala tuju yang jelas dengan dilaksanakan di atas tujuan dan objektif seperti berikut:

     

    • Mencari dan mendokumenkan seni persembahan tradisional daripada semua negeri Semenanjung Malaysia dan mewujudkan sebuah badan yang mempunyai bahan yang banyak serta menarik yang membolehkan orang ramai untuk menghargai, mengakui dan mengenal pasti kepelbagaian tradisi budaya yang wujud;

     

    • Memulihkan dan mengukuhkan semula daya maju setiap tradisi budaya dalam masyarakat tempatan melalui penyertaan dan persembahan tradisional yang aktif dianjurkan di peringkat komuniti;

     

    • Bekerjasama dengan pewaris tradisi tempatan untuk mewujudkan projek- projek latihan belia tempatan dalam komuniti yang terpilih dengan menggalakkan pewarisan pengetahuan budaya yang mendalam kepada generasi akan datang dalam memastikan kelestarian setiap tradisi;

     

    • Menerbitkan satu siri bahan audio-visual dan bertulis (CD, DVD, monograf, artikel, buku) bagi setiap tradisi budaya berdasarkan dokumentasi projek Peta Kebudayaan, untuk mewujudkan satu sumber pengetahuan mengenai Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan;

     

    • Menyediakan peluang kepada penduduk bandar untuk melihat, merasai pengalaman dan melibatkan diri dengan tradisi dan budaya dari kawasan jauh di luar bandar Semenanjung Malaysia untuk menghargai dan memahami kepelbagaian kekayaan warisan budaya Malaysia; dan

     

    • Menggalakkan kerjasama kreatif tradisional dan

     

    Melalui objektif ini, Kerajaan Negeri dan PUSAKA berharap untuk memastikan daya maju dan akses kepada tradisi persembahan ini dapat diterokai dan didokumenkan di bawah Peta Kebudayaan Negeri Selangor.

     

    Sehubungan itu, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor telah diberi tanggungjawab untuk memantau dan keberkesanan projek ini. Oleh yang demikian, satu Kertas Pertimbangan berkenaan perkara ini telah pun diangkat untuk makluman dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membolehkan Projek Peta Kebudayaan ini dilaksanakan dengan jayanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.