Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

6) PRODUKTIVITI PERTANIAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana dasar untuk memodenkan dan meningkatkan produktiviti aktiviti pertanian serta memajukan industri asas tani telah berjaya dilaksanakan di Negeri Selangor?

    Sebagai sebuah negeri yang maju, kekangan utama yang dihadapi adalah untuk mendapatkan kawasan yang luas bagi sektor pertanian. Isu tersebut muncul apabila pertembungan sektor pertanian dan sektor pembinaan berlaku khususnya melibatkan kawasan-kawasan komersial dan perumahan.

    Sehubungan dengan itu, kaedah pertanian moden dan berteknologi tinggi telah mula dilaksanakan dan semakin mendapat tempat di kalangan semua golongan khususnya golongan muda.

    Bagi bidang penanaman padi sebagai contoh, telah mula menggunakan drone sebagai medium untuk menyembur baja dan juga melakukan pemantauan ke atas kesuburan tanah oleh pesawah di Sabak Bernam.

    Bagi penamanan sayuran dan buah, konsep fertigasi telah lama dilaksanakan di Negeri Selangor dan pada ketika ini Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah polibeg untuk penaman fertigasi yang tertinggi di Malaysia dengan jumlah lebih dari 1 juta unit. Penggunaan sistem Internet Of Thing (IoT) telahpun mula mengambil tempat di kalangan pengusaha tersebut untuk memastikan penggunaan baja dan pengawalan suhu sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan seterusnya mengeluarkan kualiti hasil yang tinggi.

    Bagi bidang penternakan pula, penggunaan konsep Artificial Insermination (AI) atau permanian beradas telah mula mendapat tempat di kalangan penternakan untuk mengeluarkan lembu-lembu bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai lembu sado.

    Begitu juga dengan bidang Industri Asas Tani (IAT), penggunaan mesin pemprosesan dan pembungkusan terus ditingkatkan serta penggunaan sistem pembayaran dan pesanan secara online melalui Program SELDEC (Selangor Digital e-Supply Chain).

    Namun begitu, Kerajaan Negeri sedar akan kos permulaan yang tinggi memulakannya dan memerlukan latihan yang khusus bagi pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mula melaksanakannya secara berperingkat sebagai pilot project sebagai contoh projek tanaman golden melon di Selangor Fruit Valley, projek tanaman sayuran daun secara hidroponik, penternakan udang kara air tawar, penternakan ikan kelah dan penanaman padi secara natural farming.

Lampiran

Tiada Lampiran.