Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

52) PROGRAM 20 METER PADU AIR PERCUMA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah perbelanjaan sehingga kini yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi program pemberian 20 meter padu air percuma?

    a), b) dan c)

     

    1. Program pemberian bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama dengan nilai sebanyak RM11.40 setiap bulan kepada pengguna domestik yang bermeter individu telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2008. Program adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh

     

    1. Walaupun pada peringkat awal, program ini memberi penumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, namun Kerajaan Negeri kemudiannya telah mengambil keputusan untuk memperluaskan pemberian kemudahan ini kepada semua penduduk Negeri Selangor tanpa mengira lapisan masyarakat dan pendapatan selagi mereka merupakan pengguna domestik yang menggunakan meter

     

    1. Bagi penghuni rumah pangsa yang yang menggunakan meter pukal di bawah nama Syarikat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan (MC), persatuan penduduk atau pihak-pihak lain pada awalnya perlu melaksanakan proses migrasi bagi mendapatkan bil air secara  terus dari Namun demikian, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program “LAPOR DAN DAPAT” (dahulunya dikenali sebagai SISTEM  KUPON ) mulai Jun 2010 bagi membolehkan penghuni rumah pangsa yang belum mempunyai meter individu dapat menikmati pemberian kemudahan air percuma ini.

     

    1. Semenjak dilaksanakan pada Jun 2008 sehingga 31 Disember 2015, program ini telah menelan belanja sebanyak RM1,129,196,998.38. Jumlah yang dibelanjakan untuk membiayai program air percuma ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Sehubungan dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya sedar bahawa kos yang perlu dibelanjakan bagi membiayai program air percuma ini amatlah tinggi, namun demi usaha untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan akan memastikan agenda peduli seperti ini akan terus

     

    1. Sepanjang Program Air Percuma ini dilaksanakan, Kerajaan Negeri tidak ada menerima sebarang laporan mengenai penyalahgunaan kemudahan pemberian air percuma ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberhentikan program pemberian air percuma ini, sebaliknya akan meneruskan untuk tahun

     

    1. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga ingin menyeru keseluruhan rakyat Negeri Selangor termasuk juga Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mengamalkan sikap berjimat cermat apabila menggunakan air. Statistik mendapati kadar penggunaan domestik adalah dianggarkan sebanyak 235 liter bagi setiap individu untuk sehari. Kadar penggunaan ini adalah sangat tinggi sekiranya dilihat secara perbandingan dengan kadar penggunaan di Singapura yang hanya menggunakan sebanyak 170 liter per orang sehari. Justeru itu, sebagai usaha untuk memupuk sikap berjimat cermat dalam penggunaan air ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan kempen “Jom Jimat Air” pada 27 Mac 2016. Kempen ini bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran serta memupuk rasa tanggungjawab di kalangan pengguna untuk memastikan bekalan air yang

Lampiran

Tiada Lampiran.