Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

187) PROGRAM 3W (WOMEN, WELFARE, WELLNESS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat Program 3W (Women, Welfare, Wellness)?

    1. Karnival Wellness, Welfare & Women (3W) adalah penambahbaikkan kepada Karnival Sihat Selangor (KSS) yang yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014. Karnival 3W ini menggabungkan ketiga-tiga portfolio di bawah YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud iaitu Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga.

     

    Objektif utama karnival 3W adalah untuk mengumpul, menyampai dan menyebar maklumat berkaitan program dan aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan terutama program di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan dan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

     

    Karnival 3W turut membudayakan amalan gaya hidup sihat dengan mendapat maklumat penjagaan kesihatan sebelum mendapat risiko penyakit. Dalam masa yang sama ia memberi peluang kepada masyarakat untuk yang mengetahui kemudahan kebajikan yang ditawarkan kepada golongan yang layak serta menggalakkan penglibatan kaum wanita sebagai ratu di dalam keluarga memastikan kesihatan keluarga di tahap yang baik.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Karnival 3W ini akan dilaksanakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan pada setiap bulan. Setiap Karnival telah ditetapkan tema-tema sambutan di peringkat negeri dan juga melibatkan hampir 20 jabatan dan agensi negeri dan persekutuan yang berkaitan kesihatan, kebajikan, wanita dan keluarga di negeri Selangor seperti berikut:

    1. Jabatan Kesihatan Negeri & Daerah (JKNS);
    2. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri & Daerah (JKM);
    • Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPW);
    1. Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah (JPN);
    2. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri & Daerah (JAKESS);
    3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Daerah;
    • Polis di Raja Malaysia Negeri dan Daerah (PDRM);
    • Pejabat Daerah dan Tanah (PDT);
    1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    2. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN);
    3. Pusat Wanita Berdaya (PWB);
    • Institut Wanita Berdaya (IWB);
    • Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS);
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    1. Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS);
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
    • Pusat kaunseling Selangor (PKS);
    • Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) dan
    • Jabatan / agensi berkaitan.

     

    Ketua pimpinan bersama masyarakat turut dilibatkan untuk bersama-sama mempromosikan Karnival 3W agar ianya sampai kepada masyarakat secara menyeluruh. Jadual dan tema Karnival adalah seperti berikut:

     

     

    BIL TARIKH PELAKSANAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TEMA
    1. 10 FEBRUARI 2019 (AHAD) MPAJ PELANCARAN KARNIVAL 3W/ HARI KANSER SEDUNIA
    2. 30 MAC 2019

    (SABTU)

    MPK HARI WANITA/  HARI BUAH PINGANG
    3. 6 APRIL 2019

    (SABTU)

    MBPJ HARI AUTISME/ HARI TIBI
    4. 20 APRIL 2019

    (SABTU)

    MDKL HARI KESIHATAN SEDUNIA/WANITA ANTI JENAYAH
    5. 4 MEI 2019

    (SABTU)

    MPSP HARI TANPA TEMBAKAU/ HARI JURURAWAT
    6. 29 JUN 2019

    (SABTU)

    MPS HARI SIFAR DENGGI
    7. 27 JULAI 2019

    (SABTU)

    MDKS HARI SUKARELAWAN SELANGOR
    8. 24 OGOS 2019

    (SABTU)

    MBSA HARI PENYUSUAN SUSU IBU
    9. 28 SEPTEMBER 2019

    (SABTU)

    MPKJ HARI JANTUNG
    10. 19 OKTOBER 2019

    (SABTU)

    MPSJ HARI MENTAL/ HARI WARGA EMAS
    11. 16 NOVEMBER 2019

    (SABTU)

    MDSB HARI OKU/ HARI HIV
    12. 30 NOVEMBER 2019

    (SABTU)

    MDHS HARI KANAK-KANAK/ HARI DIABETES

Lampiran

Tiada Lampiran.