Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

92) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan untuk program air percuma bagi tahun 2014?

    Sehingga bulan Ogos 2014 jumlah keseluruhan bayaran air percuma adalah sebanyak RM866,045,180.01. Dari jumlah ini, sebanyak RM234,119,560.07 dibayar oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bermula dari Jun 2008 hingga Mac 2010, manakala bermula dari bulan April 2010, jumlah yang telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak RM631,925,619.94.

Lampiran

Tiada Lampiran.