Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

63) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa Syabas memaklumkan bahawa bekalan air percuma hanya sehingga akhir tahun 2008 sedangkan ia merupakan dasar jangka lama Kerajaan Negeri?

    Pemberian 20m3 pertama air percuma oleh Kerajaan Negeri kepada pengguna di
    Negeri Selangor merupakan dasar jangka panjang yang telah ditetapkan pada awal
    pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Dasar ini juga merupakan
    dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai usaha untuk merakyatkan ekonomi di
    Negeri Selangor.
    Dalam hal ini, SYABAS merupakan syarikat pemegang konsesi bagi pengagihan air
    terawat di seluruh negeri Selangor yang dilantik melalui Perjanjian Konsesi SYABAS
    tahun 2004. Sehubungan dengan itu, kenyataan yang dimaklumkan oleh SYABAS
    bahawa pemberian air percuma hingga akhir tahun 2008 tidak mencerminkan dasar
    yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.