Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

175) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan pada tahun 2014 dan 2015 mengikut daerah?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited dan memandang serius akan masalah kemiskinan di Negeri Selangor. Dalam usaha menangani masalah kemiskinan ini secara berkesan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah memperkenalkan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Kos peralatan bagi setiap permohonan yang diluluskan adalah tidak melebihi RM5,000.00. Antara lima (5) skop utama perusahaan adalah seperti jahitan, perniagaan makanan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan.

    Jumlah penerima manfaat Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan bagi tahun 2014 adalah seramai 523 orang. Manakala jumlah penerima manfaat bagi tahun 2015 (sehingga September 2015) adalah seramai 393 orang. Statistik jumlah penerima bantuan mengikut daerah bagi tahun 2014 dan tahun 2015 adalah seperti jadual berikut:-

     

    BIL.

     

    DAERAH

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN
    TAHUN 2014 TAHUN 2015
    1. Petaling 34 13
    2. Klang 43 73
    3. Gombak 37 35
    4. Hulu Langat 32 4
    5. Kuala Langat 173 125
    6. Sepang 45 26
    7. Hulu Selangor 43 55
    8. Kuala Selangor 68 31
    9. Sabak Bernam 48 31
    JUMLAH 523 393

Lampiran

Tiada Lampiran.