Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

93) PROGRAM BANTUAN DAN PEMBERDAYAAN NELAYAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program bantuan dan pemberdayaan untuk para nelayan yang sediada serta program baharu bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan?

    Antara bentuk program bantuan dan pemberdayaan nelayan Negeri Selangor bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan adalah :

    i-          Bantuan jaring

    ii-         Bantuan Peralatan Pelayaran (GPS)

    Sementara itu kerajaan persekutuan juga menjalankan bantuan kepada nelayan Negeri Selangor bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan contohnya adalah :

    • Elaun Sara Hidup Nelayan (RM200.00/Setiap bulan)
    • Skim Perlindungan Insurans Nelayan
    • Bantuan Subsidi Minyak Diesel & Petrol
    • Insentif Hasil Tangkapan Nelayan
    • Bantuan Projek Khas Perumahan Nelayan (Baikpulih dan Bina Baru)
    • Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan
    • Dana Nelayan
    • Pembinaan dan Baik Pulih Kompleks / Jeti Pendaratan Ikan
    • Penyelenggaraan Kebun Ikan (Unjam)
    • Bantuan Akuakultur

     

     

     

    SISIPAN TAMBAHAN

    Senarai bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan di seluruh daerah Negeri Selangor dari tahun 2012 hingga 2018 :

    Tahun Kawasan Bilangan penerima Jenis Bantuan
    2012 Kuala Langat 19 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut
    Jumlah 19
    2013 Kuala Selangor 23 Enjin Sangkut & Peralatan Akuakultur
      Gombak/Petaling 3 Peralatan Akuakultur
      Hulu Langat 1 Peralatan Akuakultur
      Hulu Selangor 1 Peralatan Akuakultur
      Klang 3 Peralatan Akuakultur
      Kuala Langat 10 Peralatan Marin & Peralatan Akuakultur
      Sabak Bernam 1 Peralatan Akuakultur
    Jumlah 42
    2014 Kuala Selangor 49  

    Jaring, Sampan, Enjin Sangkut, Alatan Keselamatan

      Sabak Bernam 556
      Kuala Langat 24
    Jumlah 629
    2015 Kuala Selangor 31 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring
      Sabak Bernam 14 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring, Penyejukbeku
      Kuala Langat 6 Sampan, Net hauler
    Jumlah 629
    2018 Kuala Selangor , Kuala Langat & Sabak Bernam 333 orang Jaring Udang Tiga Lapis

    (1 ½ Inci)

    Jaring Ikan Senangin

    (2 ¾ Inci)

    Jaring Ikan Senangin  (4 Inci)
    Jaring Ikan Bawal
    Jumlah 333

     

    Selain daripada Jabatan Perikanan Malaysia, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga antara memainkan peranan dalam pembangunan sumber ekonomi para nelayan.  Agensi tersebut juga telah menerima beberapa peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk bagi program-program pembangunan untuk para nelayan dan juga penternak akuakultur antaranya program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia adalah :

    BIL PROJEK / PROGRAM /BANTUAN NILAI PROJEK / PROGRAM

    (RM)

    1. Elaun Sara Hidup Nelayan (RM300.00/setiap bulan) RM13 Juta
    2. Bantuan Subsidi Diesel & Petrol

     

    RM36 Juta
    3. Insentif Pengisytiharan Hasil Tangkapan Nelayan RM1.1 Juta
    4. Bantuan Baik Pulih Rumah Nelayan

     

    RM1.36 Juta
    5. Bantuan Bencana dan Kebajikan Nelayan

     

    RM50,000.00
    6. Pembinaan dan Baik Pulih Kompleks / Jeti Pendaratan Ikan RM4.1 Juta
    7. Penyelenggaraan Kebun Ikan (Unjam) RM97,000.00
    8. Bantuan Akuakultur

     

    RM300,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM55,957,000.00 Juta

Lampiran

Tiada Lampiran.