Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

281) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Permohonan program ini perlu dihantar dua bulan untuk kelulusan sebelum tarikh pembedahan. Akan tetapi surat kelulusan diterima oleh pemohon lambat mengakibatkan permohonan ditolak. Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan penerimaan surat kelulusan walaupun masa pembedahan dekat?

    Semua permohonan perlulah dikemukakan sebulan sebelum tarikh pembedahan bagi memberi masa yang secukupnya untuk proses semakan dan kelulusan. Tempoh ini adalah tempoh yang selesa bagi permohonan yang tidak lengkap dan perlu mengemukakan semula dokumen yang diperlukan sebelum kelulusan diberikan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kecemasan, proses kelulusan boleh dipercepatkan dengan syarat semua dokumen adalah lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.