Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

31) PROGRAM BANTUAN MAKANAN ASAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria-kriteria untuk kelayakan penerima bantuan makanan asas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

     

    a), b) dan c)

    Belanjawan 2016 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di bawah Strategi Ketiga : Mempertingkat Pembangunan Berkualiti Dan Inisiatif Peduli, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM3,000,000.00 bagi melaksanakan program bantuan makanan asas (food stamp) atau yang dikenali sebagai “Smart Selangor Food Stamp” yang bakal memberi manfaat kepada 5,000 buah keluarga termiskin di Selangor yang akan dikenalpasti dan berkelayakan sebagai penerima bantuan ini.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan sedang memperhalusi mekanisme pelaksanaan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jaya tanpa berlaku ketirisan seterusnya akan diangkat untuk kelulusan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.