Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

4) PROGRAM BANTUAN NELAYAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan yang berpendapatan rendah & apakah bentuk bantuan yang telah disalurkan?

    Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Perikanan untuk membantu nelayan. Jumlah peruntukan yang disalurkan pada tahun 2012 sebanyak RM141,250, tahun 2013 sebanyak RM196,900 dan tahun 2014 (sehingga November) sebanyak RM531,000. Peruntukan yang disalurkan adalah bagi bantuan peralatan menangkap ikan, sampan, enjin sangkut serta alatan keselamatan kepada nelayan.

Lampiran

Tiada Lampiran.