Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

23) PROGRAM BANTUAN ÔBLUEPRINT’

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah orang rakyat Selangor yang telah mendapat kemudahan bantuan ÔblueprintÕ ini, dan jenis-jenis bantuan yang diberi.

    Program Bantuan ”Blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor telah diwujudkan sejak tahun 2006. Program ini memberi bantuan berupa peralatan atau mesin kepada pemohon  yang layak diberi bantuan. Jumlah penerima Program Bantuan ”blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri adalah seperti berikut:

    Tahun Bilangan Penerima
    2008 197
    2009 334
    2010 245
    2011 ( sehingga JUN 2011) 206
    Jumlah 982

    Jenis-jenis bantuan yang diberi kepada pemohon yang layak adalah dari segi peralatan atau mesin dalam sektor;

    1. Makanan
    2. Jahitan
    • Taska / Pusat Asuhan Kanak-kanak yang diusahakan secara

    kecil-kecilan iv.  Kraftangan

    1. Perniagaan runcit

    Jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan bagi program ini sejak Pakatan Rakyat memerintah adalah seperti berikut :

    Tahun Peruntukan  (RM)
    2008 1,266,200.00
    2009 1,083,200.00
    2010 1,174,000.00
    2011 606,835.00
    Jumlah RM 4,130,235.00

Lampiran

Tiada Lampiran.