Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

129) PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah permohonan yang diterima sejak Tahun 2008 dalam Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, yang termasuk jumlah kelulusan, jumlah tolak, sebab tolak mengikut susunan Daerah.

    Sebanyak 2,721 permohonan telah diterima sejak tahun 2008. Daripada 2,721 permohonan ini, sebanyak 523 permohonan telah diluluskan bagi bina baru rumah dan sebanyak 585 permohonan telah diluluskan baik pulih rumah. Oleh yang demikian sebanyak 1613 permohonan telah ditolak (sila rujuk LAMPIRAN).

     

    Antara faktor permohonan tersebut tidak lulus adalah seperti berikut:-

     

    1. Berkemampuan untuk membina rumah / baik pulih rumah sendiri;

     

    1. Faktor umur (umur terlalu muda iaitu di bawah 50 tahun);

     

    • Terlalu uzur dan memerlukan ahli keluarga untuk menjaga beliau;

     

    1. Tiada Hak milik tanah untuk membina rumah atau tidak mendapat persetujuan dari pemilik tanah;

     

    1. Telah terima    bantuan   rumah   dari    Lembaga   Zakat    Selangor   atau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

     

    1. Pendapatan isi rumah melebihi syarat ditetapkan iaitu RM1,500 ke bawah;

     

    • Rumah masih dalam keadaan baik; dan

     

    • Tanggungjawab sosial    anak     (bagi     anak-anak    yang    mempunyai pendapatan melebihi RM3000 sebulan).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.