Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

277) PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarat-syarat memohon PKP?

    Syarat- syarat memohon Program Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut :-

     

    Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500.00

    sebulan;

     

    Umur pemohon adalah di antara 50 tahun hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kes-kes tertentu;

     

    iii)             Pemohon yang menumpang tidak layak dipertimbangkan;

     

    Keadaan rumah yang sangat daif dan tidak sesuai untuk didiami. Hanya

    kerosakan asas sahaja akan dipertimbangkan untuk tujuan baik pulih;

     

    Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru. Kedudukan tapak mestilah berdekatan dengan bekalan air dan elektrik dan bukan kawasan banjir. Sekiranya tapak tiada bekalan air dan elektrik, penerima bantuan bersetuju untuk menanggung kos pemasangan bekalan air dan elektrik;

     

    Pemohon dikehendaki untuk melampirkan surat kebenaran menduduki/surat kuasa menduduki daripada tuan/pemilik tanah sekiranya tanah bukan hak milik pemohon;

     

    • Tanggungan yang tinggal bersama tidak berpendapatan tetap;

     

     

    • Pemohon tidak mempunyai harta-harta yang dianggap mewah;

     

    1. Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan berikutan ianya adalah di bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan;

     

    1. Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan (Oleh D.Y.M.M Sultan Selangor) Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan rumah;

     

    1. Terdapat bukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya;

     

    • Pemohon-pemohon yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah dibuktikan telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun. Bukti diperoleh daripada ADUN Kawasan, Penghulu Mukim berkenaan, serta Ketua Kampung kawasan berkenaan;

     

    • Ketua keluarga mestilah warganegara Malaysia dan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja;

     

    • Mangsa bencana alam yang telah mendapat bantuan pemulihan daripada Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin;

     

    • Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah; dan

     

    • Bagi bantuan bina semula rumah, semua rumah-rumah daif perlu
    dirobohkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.