Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

109) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tidak adakah cadangan memperluaskan program bantuan sekolah Negeri Selangor kepada Sekolah rendah agama, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor sedang melaksanakan kajian berkenaan berhubung cadangan ini dnegan melaksanakan penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. Buat masa ini peruntukan penambahbaikan infrastruktur sekolah rendah agama sepenuhnya di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.