Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

25) PROGRAM BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan kerajaan untuk menarik belia supaya lebih cenderung ke arah bidang agama dan kemasyarakatan?

    Kerajaan Negeri melalui inisiatif YAB Dato’ Menteri Besar telah mengadakan satu program khidmat masyarakat ke arah keagamaan iaitu Anak Muda Prihatin Masjid. Program ini adalah untuk membaiki kerosakan kemudahan awam masjid seperti tandas, pintu dan sebagainya. Tenaga pelaksana bagi program ini adalah PeBT bersama belia-belia di kawasan tersebut.

    Selain daripada itu, Jawatankuasa Tetap Belia juga dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan PeBT turut mengadakan program khidmat masyarakat seperti gotongroyong, menanam pokok dan sebagainya. Pada tahun ini, Jawatankuasa ini menetapkan supaya setiap PBT perlu mengadakan Youth In Community sekurangkurangnya sekali setahun seperti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun yang lepas.

    Generasi Idaman Selangor atau dikenali sebagai GemS merupakan program belia yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Modal Insan  bertujuan mendidik sahsiah belia yang terpuji di masa hadapan. GemS ini dilaksanakan mengikut daerah dan program ini diisi dengan pelbagai pengisian. Sebagai contoh pada tahun 2011, GemS diadakan bersempena Ambang Tahun Baru 2012. Pada siangnya, pelbagai program sukan, perniagaan dan pameran-pameran diadakan. Manakala pada malamnya, program santai bersama Ustaz Azhar Idrus diadakan seterusnya pada jam 12 malam Skuad Anti Zina menjalankan tanggungjawab agama dalam mengekang masalah sosial di kalangan remaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.