Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

63) PROGRAM BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM 6.1 juta bagi program-program pembangunan belia Selangor iaitu RM 3.3 juta - Program Pembangunan Anak Muda, RM 2.8 - Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan penubuhan Sekretariat Belia Negeri Selangor. Bagaimana struktur sekretariat belia tersebut dan apakah perancangan tahunan 2011 ini?

    1. Sekretariat Belia Negeri Selangor diasaskan pada bulan April 2009 dan ianya berfungsi sebagai pelaksana program belia peringkat Negeri. MulaiPada1Januari 2011,Sekretariat Belia Negeri Selangor telah diserap ke dalam struktur Majlis Sukan Negeri Selangor sebagai bahagian baru iaitu Bahagian Pembangunan Belia. Bahagian Pembangunan Belia ini telah menambah peranan dengan memantau program pembangunan belia di peringkat Penggerak Belia Tempatan(PeBT). Pembangunan Belia bagi tahun 2011 telah diperuntukkan sebanyak RM 3.3 juta Daripada jumlah ini, sebanyak RM 2.8 juta diperuntukkan kepada PeBT untuk program peringkat akarum bidan baki RM 500,000 diperuntukkan kepada Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor untuk penganjuran program peringkat

     

    Berikut adalah program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011:

     

    1. Jom Daftar Undi diadakan sepanjang tahun dengan 10 kali

     

    1. Kursus Kepimpinan dan Pengurusan PeBT yang telah diadakan pada 13  Februari 2011 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri

     

    • Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional yang telah diadakan pada 12 Mac 2011 di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

     

    1. Flea Market Gen-S, Kompleks Belia yang diadakan mulai Mei 2011 dengan 4 kali penganjuran.

     

    1. Belia Bersama Komuniti yang akan diadakan mulai 17 April 2011 sebanyak 12 penganjuran di 12 Pihak Berkuasa

     

     

     

     

    1. Jelajah Futsal Selangor yang akan diadakan pada 8 April hingga 28 Mei 2011 dengan melibatkan 12 penganjuran di setiap PBT. Satu kejohanan  akhir peringkat negeri Selangor akan diadakan sebagai kemuncak untuk mencari juara di kalangan juara peringkat Pihak Berkuasa

     

    • Festival of Youth 201 1iaitu Sambutan Hari Belia Kebangsaan akan diadakan bersekali dengan Persidangan Anak Muda Kebangsaan dan Majlis Anugerah PeBT yang dijangka dianjurkan pada 23 Julai

     

    • Program Ihya Ramadhan bersama Belia yang merupakan acara  tahunan dijangka diadakan pada 5 Ogos 2011;

     

    1. Selangor Youth Talent Award yang merupakan pengiktirafan kepada seniman muda dijangka diadakan pada September 2011; dan

     

    1. Retreat Pimpinan Mahasiswa dijangka diadakan pada Oktober

Lampiran

Tiada Lampiran.