Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

75) PROGRAM BELIA DAN ANAK MUDA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah peluang pekerjaan disediakan oleh anak syarikat kerajaan negeri kepada Belia?

    Secara umumnya, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dalam memberi peluang pendidikan kepada Belia dalam menyediakan Latihan Teknikal yang dikendalikan oleh Inspen International College dan Latihan

    Siswazah oleh Perangsang.  Usaha-usaha ini merupakan titik permulaan kepada Belia dalam membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.