Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

140) PROGRAM BIRO TATANEGARA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan tindakan untuk tidak menghantar pelajar dan kakitangan kerajaan negeri ke program Biro Tatanegara. Sila jelaskan sebarang perancangan untuk menggantikan kursus-kursus sedemikian

    Kakitangan lantikan kerajaan negeri dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan   negeri adalah dilarang untuk menghadiri program Biro Tatanegara. Sehubungan itu kursus Biro Tatanegara akan digantikan dengan kursus SPIES bagi kakitangan awam. Maka, semua kakitangan awam yang telah pun lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah dikehendaki untuk mengikuti kursus SPIES kakitangan awam bagi membolehkan urusan kenaikan pangkat dan anjakan gaji dilakukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.