Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

292) PROGRAM BLUEPRINT MEMBASMI KEMISKINAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah proses permohonan program ini terlalu lambat sampai kepada pemohon?

    Pada tahun 2008 sehingga 2013, proses keseluruhan kelulusan bagi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dikendalikan sepenuhnya oleh Seksyen Sektoral, UPEN. Proses dan prosedur terlibat meliputi lawatan tapak dan siasatan, penyediaan laporan siasatan berserta senarai pendek penerima bantuan yang layak menerima bantuan, urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Peralatan di bawah Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan proses perolehan secara sebutharga bagi pembelian peralatan. Keseluruhan proses ini kebiasaannya mengambil masa enam (6) bulan sehingga setahun memandangkan bilangan permohonan yang diterima adalah tinggi. Namun begitu, bagi mempercepatkan kelulusan permohonan, atas desakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan pada Disember 2013, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan melalui pihak UPEN telah menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah/ Tanah bagi melaksanakan beberapa proses/ prosedur meliputi siasatan dan lawatan tapak, penyediaan laporan siasatan berserta senarai pendek penerima bantuan yang layak dipertimbangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan proses perolehan secara sebut harga bagi pembelian peralatan. Berdasarkan penambahbaikan yang telah dijalankan ini, didapati bahawa proses keseluruhan mengambil masa kira-kira tiga (3) bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.