Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

138) PROGRAM BOOT CAMP AKADEMIK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses pemilihan peserta program ini dilakukan?

    Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Selangor 2017 berlandaskan konsep Membangun Bangsa Memakmur Negeri, telah melahirkan hasrat untuk membina satu sistem pendidikan sehingga pencapaian kerjaya bagi memastikan graduan di Selangor mempunyai kebolehpasaran dalam bidang pekerjaan.

    Dalam hal ini, program Boot Camp Akademik atau lebih dikenali sebagai Programme On Graduate Employability Enhancement For SMART Selangor (PROGRESS) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada Januari 2017 yang dilaksanakan oleh syarikat Irshad HR Consulting Sdn. Bhd. (IRSHAD) dengan kos program sebanyak RM4,991,964.00. Program ini merupakan sebuah projek perintis bertujuan menyediakan graduan terpilih dengan pengalaman dan kemahiran terutama soft skill untuk membantu kebolehpasaran graduan ini mendapat peluang pekerjaan dan Bahasa Inggeris merupakan medium bahasa yang diguna pakai sepanjang kursus tersebut.

    Program ini disertai seramai 300 graduan yang telah dipilih oleh pihak IRSHAD untuk dilatih dalam tempoh selama tujuh (7) bulan (1 bulan pembelajaran dalam kelas dan enam (6) bulan Internship Program). Kriteria pemilihan graduan adalah seperti berikut:

    • Warganegera Malaysia;
    • Lahir di Selangor;
    • Berumur di bawah 27 tahun;
    • Graduan Ijazah Sarjana Muda IPT dengan CGPA 2.0 ke atas; dan
    • Tidak bekerja sekurang-kurangnya empat (4) bulan dari tarikh tamat pengajian.

Lampiran

Tiada Lampiran.