PROGRAM CERIA
11) PROGRAM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah pangsa kos rendah telah dinaikkan kepada RM 55 juta. Bagaimanakah pengagihan peruntukan tersebut dibuat?
Peruntukan sejumlah RM55 juta bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah kos rendah adalah kesinambungan daripada Skim CERIA sejumlah RM25 juta sedia ada dengan tambahan sejumlah RM30 juta untuk Skim SMART Lift Improvement For Quality Life (SMART LIFE) pada tahun 2017.
Terdapat perbandingan di antara Skim CERIA dan Skim SMART LIFE seperti berikut:
- Skim CERIA adalah bantuan baik pulih harta bersama secara perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk seperti berikut:
Bil Kategori Pangsapuri Julat Harga Belian
Pertama (RM)
Perkongsian Kos Baik Pulih di bawah Skim
CERIA
Kerajaan Penduduk 1. Kos Rendah / Rumah Selangorku Jenis A 42,000.00 dan ke bawah 80% 20% 2. Kos Sederhana Rendah / Rumah Selangorku Jenis B
/C1
Atas 42,000.00 hingga 150,000.00 60% 40% 3. Kos Sederhana Tinggi/Rumah
Atas 150,000.00
40% 60% Selangorku Jenis C2/D sehingga 250,000.00 - Skim SMART LIFE adalah bantuan khusus untuk lif diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000.00 ke bawah) seperti berikut:
- Bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada penduduk.
- Bantuan bayaran fi fima kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).
Pengagihan peruntukan bagi RM55 juta adalah seperti berikut:
JENIS BANTUAN JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
CERIA 13 Juta L‟CERIA (Lif) 5 Juta PERMAI CERIA (Migrasi Meter Air Individu) 7 Juta SMART LIFE (Lif Pangsapuri Kos Rendah Secara Percuma Tanpa Perkongsian Kos) 30 Juta JUMLAH 55 Juta
