Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

163) PROGRAM CERIA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat program ceria?

    Program CERIA ini merupakan Skim bantuan baikpulih yang berkonsepkan perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk dengan nisbah 80 : 20 bagi pangsapuri kos rendah serta 60 : 40 bagi kos sederhana rendah. Antara matlamat utama Program CERIA adalah seperti berikut:-

    1. Mendukung dasar Negeri Berkebajikan & Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Memperhebatkan lagi program MES yang berfalsafahkan “hasil negeri untuk rakyat”
    2. Memangkin pembangunan komuniti “miskin bandar” Selain daripada meringankan beban ekonomi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar, kesan baikpulih fizikal di kawasan pangsapuri kos rendah ini turut menyumbang kepada pembangunan sosial yang lebih berkualiti dan berdaya maju.
    3. Memastikan keselamatan rakyat dan menghindar rakyat daripada dibelenggu kesulitan. Ini kerana harta bersama seperti lif dan bumbung yang mengalami kerosakan kritikal seringkali mengundang bahaya sehingga ke tahap mengancam nyawa.
    4. Membina masyarakat yang mempunyai keprihatinan sosial dan persekitaran tempat kediaman. Konsep perkongsian kos ini mampu memobilisasi masyarakat untuk bekerjasama dalam mengumpul dana yang mencukupi di samping mendidik komuniti mengenai kepentingan membayar caj penyenggaraan.

Lampiran

Tiada Lampiran.