Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

179) PROGRAM ‘COMMUNITY POLICING’

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan program 'Community Policing' di Negeri Selangor memandangkan kadar jenayah yang kian meningkat ?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan 179.  Pelaksanaan Pasukan Keselamatan Kejiranan atau ‘Community Policing’ adalah baru dilaksanakan bermula pada bulan April 2013. Pasukan ini diwujudkan di semua Kampung Tradisi, Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan Komuniti India di Negeri Selangor yang dipantau oleh Pejabat Daerah/Tanah mengikut kawasan masing-masing. Sebagai langkah awal, setiap kampung diberikan peruntukan sebanyak RM5,000.00 setahun bagi pelaksanaan program ini. Objektif utama penubuhan Pasukan Keselamatan Kejiranan (Community Policing) di peringkat kampung ini adalah bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar di Negeri Selangor.

    Di samping itu, pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga telah melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) yang ditubuhkan di peringkat Resident Association (RA) dan Rukun Tetangga (RT). Pihak MBPJ telah memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 bagi 70 PKKPJ yang telah mendapat kelulusan pada tahun 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.