Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

227) PROGRAM DAN BANTUAN UNTUK MENGUKUHKAN USUL MANSUHKAN ISA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak usul mansuhkan ISA diluluskan di Sidang DUN Selangor, terbukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan program-program selaras dengan usul tersebut. Lanjutan daripada usaha-usaha tersebut. Apakah bentuk-bentuk program dan berapa banyakkah bantuan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sehingga kini?

    Beberapa program bantuan telah disalurkan dari Kerajaan Negeri iaitu di antaranya memberikan bantuan pengangkutan ke Kem Kamunting, Perak kepada keluarga mangsa tahanan ISA. Program bantuan pengangkutan ini telah dilaksanakan semenjak Julai 2008 sehingga kini dan akan diadakan dua (2) kali sebulan bergantung kepada keperluan keluarga mangsa tahanan ISA.

     

    Sebanyak empat (4) kali lawatan telah diadakan pada tahun 2009 bermula pada April hingga Jun 2009 yang membawa keluarga mangsa tahanan ISA ke Kem Kamunting. Jadual lawatan ke Kem Kamunting bagi tahun 2009 adalah seperti berikut :-

     

     

     

    JADUAL LAWATAN KEPADA KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA KE KEM

    KAMUNTING,PERAK TAHUN 2009 (BANTUAN PENGANGKUTAN)

     

    BIL TARIKH KENDERAAN BAS/VAN PBT YANG TERLIBAT 
    1. 18.04.2009 Majlis Perbandaran Klang
    2.

    3.

    4.

    02.05.2009

    16.05.2009

    30.05.2009

    Majlis Perbandaran Sepang

    Majlis Perbandaran Selayang

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya

    5.

    6.

    06.06.2009

    20.06.2009

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    Majlis Perbandaran Kajang

    7.

    8.

    04.07.2009

    18.07.2009

    Majlis Bandaraya Shah Alam

    Majlis Perbandaran Subang Jaya

    9.

    10.

    11.

    01.08.2009

    15.08.2009

    29.08.2009

    Pejabat Daerah Gombak

    Pejabat Daerah Petaling

    Pejabat Daerah Klang

    12.

    13.

    05.09.2009

    19.09.2009

    Pejabat Daerah Kuala Langat

    Pejabat Daerah Hulu Langat

    14.

    15.

    16.

    03.10.2009

    17.10.2009

    31.10.2009

    Pejabat Daerah Sepang

    Pejabat Daerah Hulu Selangor

    Majlis Perbandaran Klang

    17.

    18.

    07.11.2009

    21.11.2009

    Majlis Bandar Raya Shah Alam

    Majlis Bandar Raya Petaling Jaya

    19.

    20.

    05.12.2009

    19.12.2009

    Majlis Perbandaran Subang Jaya

    Majlis Perbandaran Selayang

     

    Manakala di lain peringkat, ahli DUN dipertanggungjawabkan dan telah mengambil maklum mengenai nama-nama keluarga mangsa tahanan ISA di kawasan masing-masing. Bantuan secara langsung diberikan melalui DUN bagi meringankan beban tanggungan keluarga mangsa tahanan berkenaan seperti sumbangan hari raya, sumbangan perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.