Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

181) PROGRAM DAN STRATEGI GO RURAL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan telah melancarkan apa-apa program pembangunan luar bandar di bawah program ÒGo RuralÓ selain daripada program MES dan senaraikan semua projek pembangunan kampung baru, kampung tersusun, kampung bagan dan kampung tradisi di Selangor pada tahun 2014.

    Kerajaan Negeri dari dulu hingga kini memberi tumpuan spesifik kepada Pembangunan Desa tidak kira kepada Kampung Baru, Kampung Tersusun, Kampung Bagan atau Kampung Tradisi. Matlamat Kerajaan Negeri secara amnya adalah untuk meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi penduduk desa. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup serta merapatkan jurang ekonomi masyarakat Bandar dan desa.

     

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka satu dasar iaitu Pembangunan Desa Bersepadu dan Mampan. Ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan penduduk di samping mewujudkan nilai keempunyaan penduduk bagi sesuatu kampung tersebut. Perkara ini masih di peringkat awal di mana segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala perjalanan berhubung perkara ini berjalan seperti yang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.

     

    Memberi kesedaran terhadap kepentingan dan keperluan pembangunan desa “Raising Awareness”. Pada peringkat pertama ini, Ketua-Ketua Kampung telah mendengar sendiri mandat dan amanat yang akan disampaikan sendiri oleh Y.A.B Dato Menteri Besar mengenai pelaksanaan projek pembangunan desa. Pada peringkat ini juga akan diadakan sesi perbincangan untuk mempelajari sebab- sebab kegagalan dasar-dasar terdahulu oleh pembuat/pelaksana. (Lesson Learn – Experienced Based). Seterusnya, program akan diteruskan dengan memperkenalkan Agenda Polisi, “Create Policy Agenda”. Pada peringkat kedua ini, telah diadakan bengkel “Kenali Kampungku”. Bengkel ini disertai oleh Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Kampung, Setiausaha JKKK, dan juga Wakil Wanita. Bengkel ini telah mengenal pasti pelanggan serta profil kampung seperti aset tenaga manusia yang dimiliki, kemudahan serta sumber sedia ada, sistem kewangan dan politik setempat, serta proses komunikasi di kampung-kampung yang terlibat. Selain itu, bengkel ini juga membolehkan perbincangan dua hala

     

    mengenai masalah-masalah yang dihadapi di kampung-kampung yang menyekat kemajuan ekonomi mereka. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan cadangan daripada masyarakat kampung sendiri tentang kemajuan yang diinginkan di kampung mereka.

     

    Peringkat ketiga ialah untuk Menyusun Agenda-Agenda yang dibincangkan dalam bengkel Mengikut Keutamaan, “Prioritize Agenda”. Peringkat keempat ialah Menggubal Dasar Baru. “Enact on New Policy”. Peringkat penggubalan dasar baru ini diadakan hasil daripada pemantauan terperinci dari semasa ke semasa terhadap projek-projek yang dalam proses pelaksanaan bagi memastikan dasar digubal wajar dengan keperluan yang diteliti di peringkat akar umbi. Peringkat kelima ialah untuk Memantau Dan Menilai Polisi-Polisi, “Evaluate Policy”.

     

    Pelaksanaan pembangunan desa bersepadu dan mampan ini bergantung kepada kemajuan dalam pembangunan komuniti sesuatu kawasan tersebut. Langkah- langkah asas dalam pembangunan sesuatu komuniti adalah seperti membina sokongan iaitu merupakan tonggak yang paling utama di dalam dasar ini dimana ianya memerlukan kajian di peringkat akar umbi serta mendapatkan maklumat- maklumat yang diingini. Apabila maklumat yang diinginkan telah diperoleh, Kerajaan Negeri akan membuat perancangan bagi memastikan program ini berjalan secara lancar. Kajian-kajian juga turut dilakukan ke atas program yang gagal dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Seterusnya, pelaksanaan dan penyesuaian pelan iaitu perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan akan dilihat mengikut kesesuaian di sesebuah kampung tradisi di Negeri Selangor.

     

    Pada masa ini Kerajaan Negeri juga sedang menjalankan Program Kemahiran Teknikal Belia Desa. Program ini juga merupakan salah satu strategi pembangunan desa dengan memberi peluang kepada para belia untuk menjana pendapatan mereka sendiri dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung.

Lampiran

Tiada Lampiran.