Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

213) PROGRAM DIPLOMA BELIA DALAM KERJA PEMBANGUNAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai program tersebut?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyedari akan kepentingan pendidikan kepada golongan belia khususnya di Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) yang telah bermula pada 7 Mac 2014 di mana program ini adalah terbuka kepada semua kaum di kalangan belia yang terdiri daripada Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) , PeBT Zon dan NGO-NGO terpilih. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (IPSAS,UPM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan belia.

    Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri terikat dan perlu mengikuti syarat- syarat atau kriteria kemasukan berdasarkan kepada syarat Am Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Keperluan Khas Program seperti berikut :-

    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lima (5) kepujian ATAU yang setara;
    • Berpengalaman dalam kerja belia, kerja sosial, pengembangan, pembangunan sumber manusia dan pembangunan komuniti sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; dan
    • Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM

    Sebagai permulaan, seramai 38 orang calon yang telah berjaya ditawarkan ke program tersebut adalah seperti berikut :-

    Bil Nama Bangsa
    1. Murali A/L Kumaran India
    2. Jayagantan A/L Subramaniam India
    3. Tan Sook Leng Cina
    4. Aslina Binti Saleh Melayu
    5. Azfar Faruqi Bin Mohamad Idris Melayu
    6. Fadhil Ar-Rahman Bin Mohd Ismahali Melayu
    7. Fahmie Bin Salihin @ Md. Ayub Melayu
    8. Hakeemullah Bin Ismail Melayu
    9. Manzumi Binti Mohamed Melayu
    10. Mat Suhkor Bin Sulaiman Melayu
    11. Mohamad Wafiy Bin Mohamad Wahid Melayu
    12. Mohammad Effendi Bin Rahim Melayu
    13. Mohd Dzikhry Bin Hushin Melayu
    14. Mohd Ghafilhu Zaili Bin Isa Melayu
    15. Mohd Rizal Bin Abd Raman Melayu
    16. Muhamad Mizan Adli Bin Mohd Noor Melayu
    17. Muhammad Nawawi Munir Bin Shuib Melayu
    18. Muhammad Syahmi Bin Zahari Melayu
    19. Muriza Hazrul Bin Abdul Muhi Melayu
    20. Nadhirah Binti Osman Melayu
    21. Nur Hidayah Binti Samsuddin Melayu
    22. Nur Kamarina Binti Mohamad Ibrahim Melayu
    23. Nurikwan Bin Mukhtar Melayu
    24. Nurul Atikah Binti Nasarudin Melayu
    25. Nurul Azira Binti Mohd Sapuan Melayu
    26. Syed Bahri Bin Syed Mokhtarruddin Melayu
    27. Syed Nawawi Bin Syed Ali Melayu
    28. Syed Shahir Bin Syed Mokhtarruddin Melayu
    29. Syed Zulfauzi Bin Syed Mokhtarruddin Melayu
    30. Abdul Rahim Rajah Bin Abdullah Melayu
    31. Mohd Zulhaimi Bin Samsuddin Melayu
    32. Muhamad Akmal Bin Haris Melayu
    33. Muhamad Shafie Bin Abd Jalal Melayu
    34. Nadratul Amira Binti Mohd Yusof Melayu
    35. Nur Hisyam Bin Kamarun Majif Melayu
    Bil Nama Bangsa
    36. Nurul Afzan Binti Tarmizi Melayu
    37. Omar Bin Hajazi Melayu
    38. Suzana Binti Atbun Melayu

    Walau bagaimanapun, hanya 26 orang pelajar yang telah mendaftar dalam Semester Pertama. Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan pada Semester Pertama manakala seramai 6 orang pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah ditamatkan pengajian.

    Dalam usaha untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai program tersebut, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan temuduga kali ke-2 pada 29 Disember 2015 yang mana seramai 12 orang calon telah menghadiri temuduga tersebut. Daripada jumlah tersebut, seramai 8 orang telah berjaya dan ditawarkan untuk mengikuti program ini.

    Walau bagaimanapun, pada Semester Pertama Sesi Kemasukan 2016-2017 yang telah dilaksanakan pada 5 September 2016 sehingga 8 Jan 2017, jumlah pelajar adalah seramai 26 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 22 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan manakala terdapat 4 orang pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir dan telah diberhentikan. Dengan ini, sehingga kini jumlah pelajar yang mengikuti program ini adalah seramai  22 orang sebagaimana jadual di bawah :-

    Bil Nama Bangsa
    1. Murali a/l Kumaran India
    2. Aslina binti Salleh Melayu
    3. Mohd Zulhaimi bin Samsudin Melayu
    4. Nurul Azira binti Mohd Sapuan Melayu
    5. Nurul Afzan binti Tarmazi Melayu
    6. Mohammad Effendi bin Rahim Melayu
    7. Suzana binti Atbun Melayu
    8. Azfar Faruqi bin Mohamad Idris Melayu
    9. Nadia Sapiee Melayu
    10. Hakeemullah bin Ismail Melayu
    11. Afiqah binti Mohd Jamali Melayu
    12. Mohammad Nazaruddin bin Shapiee Melayu
    13. Muhmmad Nur Waafi bin Badruldin Melayu
    14. Muhammad Ubaidillah bin Imran Melayu
    Bil Nama Bangsa
    15. Nazarnor bin Mustafa Melayu
    16. Mohammad Amirul Akram bin Razman Melayu
    17. Fahmi bin Salihin @ Md. Ayob Melayu
    18. Siti Normalisa binti Ramli Melayu
    19. Fadhil Ar-Rahman bin Mohd Ismahali Melayu
    20. Nurikhwan bin Mukhtar Melayu
    21. Muhamad Mizan Adli bin Mohd Noor Melayu
    22. Nadratul Amira binti Mohd Yusoff Melayu

     

Lampiran

Tiada Lampiran.