Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

116) PROGRAM EKONOMI BAGI IBU TUNGGAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan ibu tunggal berumur 50 tahun ke atas di Selangor?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan ibu tunggal di Selangor. Mengikut rekod di dalam sistem e-Bu yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) untuk tujuan mendaftarkan bilangan ibu tunggal di Selangor, jumlah ibu tunggal yang berdaftar adalah seramai 16,530 orang.

    Daripada jumlah keseluruhan tersebut hanya 9,722 orang sahaja ibu tunggal yang berumur 50 tahun berdaftar dalam sistem e-Bu. Berikut ialah bilangan ibu tunggal yang berumur 50 tahun dan ke atas mengikut pecahan kaum di Selangor.

    Bilangan Ibu Tunggal di Selangor yang Berusia 50 Tahun dan Ke Atas berdaftar melalui Sistem e-Bu Mengikut Pecahan Kaum

    Bangsa Jumlah
    Melayu 6,257
    Cina 1,868
    India 757
    Lain-lain 840
    Jumlah 9,722

    *sumber dari YAWAS

Lampiran

Tiada Lampiran.