Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

97) PROGRAM GEM UNTUK MASYARAKAT BUKAN MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program-program GEM untuk masyarakat India dan Cina.?

    Bentuk program-program GeMS untuk masyarakat India dan Cina:

    1. Program Generasi Idaman Selangor merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bertujuan untuk menangani gejala sosial secara holistik dan sistematik. Penglibatan semua pihak seperti jabatan/agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO’s) dan pimpinan masyarakat. Pelbagai aktiviti disediakan bagi memastikan gejala sosial dapat ditangani dengan menggunakan 6 pendekatan iaitu Pencegahan, Pendidikan, Pencelahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Pengurusan.
    2. Program Generasi Idaman Selangor dilaksanakan tidak memberi fokus berdasarkan kepada kaum tetapi berdasarkan kepada aspek menyeluruh yang melibatkan semua kaum bagi memastikan usaha menangani gejala sosial dapat diatasi seterusnya mewujudkan keharmonian dalam sesebuah masyarakat yang berbilang kaum.

Lampiran

Tiada Lampiran.