Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

82) PROGRAM HADIAH PENGAJIAN INTITUSI PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan penerima skim hadiah ini dari 2008-2013 mengikut daerah, Parlimen dan DUN

     

    Jumlah penerima di bawah Program Hadiah Anak Masuk Universiti iaitu dari 1 Julai 2008 sehingga 31 Oktober 2013 adalah seperti berikut:

     

     

    TAHUN PERMOHONAN LAYAK
    2008 3,718
    2009 6,019
    2010 8,162
    2011 7,642
    2012 7,389
    2013 3,195
    JUMLAH KESELURUHAN 36,125

     

    Walau bagaimanapun, data permohonan bagi penerima mengikut daerah, parlimen dan DUN hanya dapat disediakan bagi tahun 2012 dan 2013 sahaja. Ini berikutan pada tahun 2012 Urus Setia HPIPT telah membuat penambahbaikan pada sistem tersebut dengan memasukkan maklumat

     

    Parlimen dan DUN di dalam Sistem berkenaan. Maklumat pemohon HPIPT bagi tahun 2012 dan 2013 adalah seperti di Lampiran I.

Lampiran

Tiada Lampiran.