Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

149) PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pihak kerajaan berhasrat untuk memberi dana tambahan kepada setiap DUN bagi menjayakan program Hari Sukan Negara yang disambut pada setiap bulan Oktober?

    Hari Sukan Negara (HSN) diperkenalkan pada tahun 2015 yang disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan dilaksanakan secara serentak seluruh Negara. Bermula pada tahun 2019 satu penambahbaikan diadakan dengan mengubah suai program Hari Sukan Negara kepada Bulan Sukan Negara (BSN) bagi memastikan hasrat Kerajaan untuk mencapai objektif Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation) menjelang 2020. Pelaksanaan BSN ini dilaksanakan selama sebulan sepanjang bulan Oktober.

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bagi melaksanakan Program Bulan Sukan Negara di peringkat negeri dan daerah dengan jumlah sasaran penyertaan adalah seramai 960,180 orang. Peruntukan tersebut telah diagihkan bagi pelaksanaan di peringkat Negeri dan 9 daerah seperti berikut :-

    Bil Negeri/Daerah Peruntukan
    1. Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Selangor 65,000
    2. Petaling 27,000
    3. Hulu Langat 20,000
    4. Klang 15,000
    5. Gombak 15,000
    6. Kuala Langat 12,000
    7. Sepang 12,000
    8. Kuala Selangor 12,000
    9. Hulu Selangor 12,000
    10. Sabak Bernam 10,000
    JUMLAH 200,00

Lampiran

Tiada Lampiran.