Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

143) PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang diluluskan sebelum ini bagi setiap daerah?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor amat menggalakkan pelaksanaan Program Hari Tanpa Kenderaan. Program ini adalah merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bagi mencapai sasaran penurunan karbon di kawasan bandar. Sehubungan itu, sebanyak sembilan (9) PBT telah menganjurkan Program Hari Tanpa Kenderaan pada tahun 2019. Butiran terperinci berkaitan penganjuran dan kos perbelanjaan adalah seperti berikut:

     

    BIL. PBT PERBELANJAAN PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN TAHUN 2019

    (RM)

    1. MBSA 300,000.00
    2. MBPJ 210,000.00
    3. MPK TIADA
    4. MPSJ 15,150.00
    5. MPS 40,000.00
    6. MPAJ 47,895.70
    7. MPKJ 20,000.00
    8. MPSP 50,000.00
    9. MDKL TIADA
    10. MDKS 13,000
    11. MDHS 35,000.00
    12. MDSB TIADA
    JUMLAH 731,045.70

Lampiran

Tiada Lampiran.