Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

107) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat ini apakah status Program Hijrah di Negeri Selangor ?

    Hijrah Selangor adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010.  Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.

    Sehingga ke hari ini Program Hijrah Selangor bergerak aktif di seluruh Negeri Selangor. Sehingga Oktober 2016, Hijrah Selangor telah membuka sebanyak 22 cawangan operasi di setiap kawasan Parlimen. Permohonan dan kelulusan pinjaman sehingga Oktober 2016 adalah seramai 25,562 orang peserta dengan jumlah pinjaman RM144,746,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.