Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

259) PROGRAM HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan prestasi perbelanjaan RM60 juta dan RM 40 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dalam Belanjawan 2015

     

    PROGRAM

     

    DANA

    PERUNTUKAN TELAH TERIMA  

    PENGGUNAAN/ PERBELANJAAN

     

    BAKI

     

    SKIMSEL

     

    60,000,000.00

     

    25,931,068.00

    14,104,228.73 (OPEX) 91,767,950

    (PROGRAM)

     

    34,068,932.00

     

    MiMBAR

     

    40,000,000.00

     

    16,822,849.00

    8,282,839 (OPEX)

    10,200,978 (PROGRAM)

     

    23,177,151.00

    JUMLAH KESELURUHAN 100,000,000.00 42,753,917.00    

    57,246,083.00

    JUMLAH KESELURUHAN 100,000,000.00

    Secara keseluruhannya prestasi penggunaan dana sehingga 2014 menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan kerana daripada RM42,753,917 jumlah penerimaan dana, pinjaman yang dikeluarkan melalui SKIMSEL dan MIMBAR adalah sebanyak RM101,968,928. Perbelanjaan mengurus bagi kedua-dua program adalah RM22,387,067. Bermula Februari 2015, kerajaan negeri melalui anak syarikat MBI telah menggerakkan Program HIJRAH Selangor di mana semua program mikrokredit yang dilaksanakan semenjak 2010 digabungkan dengan dibuat penambahbaikan ke atas proses penyaluran pinjaman dan program khidmat profesional. Program HIJRAH Selangor tidak hanya memfokuskan penyaluran pinjaman malah akan juga memfokuskan kepada pembangunan usahawan HIJRAH melalui perwujudan rangkaian dan jaringan perniagaan serta mewujudkan koperasi, kedai dan bazar usahawan HIJRAH Selangor di setiap DUN seluruh negeri Selangor. Pelbagai kursus juga dirancang untuk anak-anak peserta HIJRAH seperti Kursus Pelajar Cemerlang, Kursus Pembelajaran Berkesan dan sebagainya. Semua ini akan dirangkumkan di dalam Program HIJRAH Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.