Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

121) PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak program tersebut diperkenalkan berapa jumlah pinjaman telah di luluskan, sila pecahkan mengikut setiap DUN dan bangsa pemohon?

    Hijrah Selangor adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Haji Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri

     

    Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor, bertindak sebagai penganjur program, memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta).

     

    Falsafah Program HIJRAH SELANGOR berteraskan konsep ”Pinjaman Asas Simpanan”. Maksudnya, pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Sebagai usahawan yang berdaya maju, adalah diharapkan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi. Lebihan pulangan ini, akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH SELANGOR, untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu mahupun kelompok. Dan,

     

    pihak pengurusan program bertindak meneroka peluang-peluang perniagaan susulan bagi kepentingan dan manfaat usahawan-usahawan HIJRAH SELANGOR melalui penubuhan Koperasi HIJRAH SELANGOR.

     

    Dalam merangka kaedah pengurusan dan pelaksanaan skim HIJRAH SELANGOR, objektif-objektif berikut dikenalpasti sebagai matlamat program.

    1. Menawarkan modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan.
    2. Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.
    3. Mewujudkan rangkaian usahawan yang
    4. Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga

     

    Sehingga kini, terdapat 7,203 permohonan pinjaman yang telah diluluskan oleh Hijrah Selangor dengan jumlah RM32,989,000.00. Berikut adalah peserta Hijrah Selangor mengikut DUN:

     

    Berikut adalah jumlah penerima pinjaman Hijrah Selangor mengikut kaum bagi setiap DUN dan Parlimen sehingga 31hb Julai 2015:

     

    Bil. PARLIMEN Bil. DUN MELAYU CINA INDIA SABAH SARAWAK JUMLAH
    1  

     

     

    AMPANG

    1 BUKIT

    ANTARABANGSA

    38 0 0 0 0 38
    2 LEMBAH JAYA 100 0 0 0 0 100
    JUMLAH 138 0 0 0 0 138
     

     

     

    2

     

     

     

    GOMBAK

    3 BATU CAVES 57 0 1 0 1 59
    4 GOMBAK SETIA 77 0 0 0 0 77
    5 HULU KELANG 46 0 0 0 0 46
    JUMLAH 180 0 1 0 1 182
     

     

     

    3

     

     

     

    HULU LANGAT

    6 DUSUN TUA 85 0 0 0 0 85
    7 KAJANG 204 1 2 0 1 208
    8 SEMENYIH 135 0 0 0 0 135
    JUMLAH 424 1 2 0 1 428
     

     

     

     

    4

     

     

     

    H SELANGOR

    9 BATANG KALI 445 4 32 1 0 482
    10 HULU BERNAM 66 0 0 0 0 66
    11 KUALA KUBU

    BAHARU

    53 0 1 0 0 54
    JUMLAH 564 4 33 1 0 602
     

     

     

     

    5

     

     

     

     

    KAPAR

    12 MERU 109 1 3 0 0 113
    13 SELAT KLANG 94 0 2 0 0 96
    14 SEMENTA 101 1 12 0 0 114
    15 SUNGAI PINANG 65 3 0 0 0 68
    JUMLAH 369 5 17 0 0 391
     

     

    6

     

     

    KELANA JAYA

    16 SERI SETIA 81 0 15 0 0 96
    17 SUBANG JAYA 105 0 2 0 0 107
    JUMLAH 186 0 17 0 0 203
        18 KOTA ALAM

    SHAH

    36 3 5 0 0 44
      19 PANDAMARAN 32 0 1 0 0 33

     

     

     

    7

    KLANG 20 PELABUHAN

    KLANG

    60 0 0 0 0 60
    JUMLAH 128 3 6 0 0 137
     

     

    8

     

     

    KOTA RAJA

    21 SERI ANDALAS 72 2 28 0 0 102
    22 SRI MUDA 216 2 4 12 0 234
    JUMLAH 288 4 32 12 0 336
     

     

     

    9

     

    KLANGAT

    23 MORIB 117 1 3 0 0 121
    24 SIJANGKANG 118 0 4 0 0 122
    25 TELOK DATOK 31 5 19 1 0 56
    JUMLAH 266 6 26 1 0 299
     

     

     

     

    10

     

     

     

    KSELANGOR

    26 BUKIT

    MELAWATI

    183 0 2 0 0 185
    27 IJOK 105 1 22 0 0 128
    28 JERAM 257 1 2 0 0 261
    JUMLAH 545 2 26 0 0 574
     

     

    11

     

     

    PANDAN

    29 CHEMPAKA 89 1 0 1 0 91
    30 TERATAI 91 2 0 0 0 93
    JUMLAH 180 3 0 1 0 184
     

     

    12

     

    P JAYA SELATAN

    31 TAMAN MEDAN 84 1 1 0 1 87
    32 BUKIT GASING 10 0 0 0 1 10
    JUMLAH 94 1 1 0 1 97
     

     

     

     

    13

     

     

    PJAYA UTARA

    33 DAMANSARA

    UTAMA

    3 0 0 0 0 3
    34 KAMPUNG

    TUNKU

    5 0 0 0 0 5
    JUMLAH 8 0 0 0 0 8
     

     

    14

     

     

    PUCHONG

    35 KINRARA 21 0 1 0 0 22
    36 SERI SERDANG 116 2 3 0 0 121
    JUMLAH 137 2 4 0 0 143
     

     

     

    15

     

     

    S BERNAM

    37 SABAK 238 0 0 0 0 238
    38 SUNGAI AIR

    TAWAR

    274 0 0 0 0 274
    JUMLAH 512 0 0 0 0 512
     

     

     

     

    16

     

     

     

    SELAYANG

    39 KUANG 73 1 1 0 0 75
    40 RAWANG 93 1 6 0 0 100
    41 TAMAN

    TEMPLER

    91 1 0 0 0 92
    JUMLAH 257 3 7 0 0 267
     

     

     

    17

     

     

     

    SEPANG

    42 DENGKIL 273 0 0 0 1 274
    43 SUNGAI PELEK 128 0 1 0 0 129
    44 TANJUNG SEPAT 85 1 1 0 0 87
    JUMLAH 486 1 2 0 1 490
     

     

     

     

    18

     

     

     

    SERDANG

    45 BALAKONG 113 1 0 0 0 114
    46 BANGI 136 0 1 0 0 137
    47 SERI

    KEMBANGAN

    42 1 0 0 0 43
    JUMLAH 291 2 1 0 0 294
     

     

    19

     

     

    SHAH ALAM

    48 BATU TIGA 139 0 1 0 0 140
    49 KOTA ANGGERIK 80 1 4 1 0 86
    JUMLAH 219 1 5 1 0 226
        50 BUKIT LANJAN 73 0 0 2 0 75
      51 KOTA

    DAMANSARA

    287 4 4 0 0 295

     

     

    20

    SUBANG 52 PAYA JARAS 245 0 10 0 0 255
    JUMLAH 605 4 14 2 0 625
     

     

     

    21

     

     

    SUNGAI BESAR

    53 SEKINCHAN 230 1 0 0 0 231
    54 SUNGAI

    PANJANG

    338 0 0 0 0 338
    JUMLAH 568 1 0 0 0 569
     

     

     

    22

     

     

    TANJUNG KARANG

    55 PERMATANG 168 0 1 0 0 169
    56 SUNGAI

    BURONG

    295 0 2 0 0 297
    JUMLAH 496 0 3 0 0 499
      JUMLAH 6,940 43 197 18 4 7203

Lampiran

Tiada Lampiran.