Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

165) PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peminjam hijrah yang terkesan akibat pkp?

    Kerajaan Negeri melalui Hijrah Selangor telah mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran dengan mewujudkan platform digital. Platform digital ini dinamakan e-Kitchen Selangor yang membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan selain dari memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa atas talian.

    Tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peminjam Hijrah yang terkesan akibat PKP adalah memberikan kelulusan moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman Hijrah selama 3 bulan kepada hamper 40 ribu (atau 39,237) orang peminjam. Penangguhan ini melibatkan RM70 Juta kutipan bagi tempoh penangguhan tersebut. Selepas tempoh penangguhan tamat, Hijrah Selangor akan memberikan kelonggaran membuat penjadualan semula pinjaman kepada peminjam yang tidak berkemampuan membayar balik mengikut jumlah yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.