Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

221) PROGRAM IKHTISASS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bidang-bidang strategik yang menjadi fokus Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan program IKHTISASS, khususnya untuk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.

    Bidang-bidang strategik yang menjadi fokus Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan program IKHTISASS, khususnya untuk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi:-

    1. Pelaksanaan Program IKTISASS berpaksikan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) bakal menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistik. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.

     

    1. Oleh itu, pelan induk perindustrian Selangor merupakan asas utama sebagai rujukan bagi penyediaan modul pengajian dan latihan sumber tenaga manusia supaya seiring dengan keperluan industri. Bidang utama tersebut ialah seperti life sciences, food and beverages manufacturing, electrical and electronics, transport equipment dan machinery and equipment.

     

    1. Sehingga kini, kerajaan negeri telah mengorak langkah dengan pelaksanaan program-program latihan bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi. Antaranya sektor pembuatan pintar (Smart Manufacturing), Big Data Analytics, pembangunan perisian Augmented Reality / Virtual Reality, program Internet Security and Cloud Content Infrastructure dalam bidang ICT, aerospace industry dan lain-lain lagi.

     

    1. Selain itu,kerajaan egeri serius dalam memaju sektor pembuatan pintar (Smart Manufacturing) kerana ia menjadi pemangkin utama bagi mengurangkan kebergantungan sektor pembuatan kepada tenaga kerja asing di Selangor. Industri pembuatan di Selangor merupakan antara sektor yang paling terkesan dalam ledakan revolusi industri 4.0.

    Justeru melalui inisiatif Program IKTISASS, tahap kemahiran tenaga kerja tempatan dapat dipertingkatkan untuk melaksanakan aktiviti yang lebih bernilai tambah (value-added) yang merangkumi keseluruhan keperluan industri seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.