Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

15) PROGRAM INOVASI BELIA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah cadangan pihak kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan inovasi untuk golongan belia?

    Kerajaan Negeri menyambut baik terhadap cadangan bagi melaksanakan program pembangunan inovasi untuk golongan belia bagi melahirkan golongan belia yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif.  Justeru itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Cabaran My Inovasion untuk semua lapisan masyarakat termasuklah Sektor Awam dan Swasta, Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah.

    Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan golongan belia untuk menceburi diri dalam pelaksanaan program pembangunan inovasi dalam semua aspek termasuklah sepuluh (10) teras yang telah digariskan dalam Dasar Belia Negeri Selangor iaitu Pendidikan dan Latihan Kemahiran, Keusahawanan dan Pekerjaan, Kepimpinan dan Organisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemasyarakatan, Jaringan dan Keusahawanan, Kesejahteraan dan Kesihatan, Sukan dan Kecergasan, Agama dan Akhlak, Kebudayaan dan Kesenian dan Pengantarabangsaan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.