Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

268) PROGRAM JOM DAFTAR TASKA DAN KEMPEN ‘SAYANGI ANAK, KENALI PENGASUH’

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pengasuh dan TASKA yang telah didaftar sejak pelancaran program Jom Daftar TASKA dan Kempen "Sayangi Anak, Kenali Pengasuh" pada 19 Ogos 2018?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor  telah melaksanakan Program Jom Daftar TASKA dan Kempen “Sayangi Anak, Kenali Pengasuh” pada 19 Ogos 2018 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. Program adalah bertujuan meningkatkan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Negeri Selangor dan memberi kesedaran kepada awam berkenaan keperluan TASKA berdaftar dan pengasuh berdaftar.

    Bagi tempoh September 2018 hingga Jun 2019, JKM Negeri Selangor telah mendaftarkan 160 buah TASKA seperti pecahan berikut berikut:

     

    KATEGORI TASKA JUMLAH PENDAFTARAN

    (SEP-DIS 2018)

    JUMLAH PENDAFTARAN

    (JAN-JUN 2019)

    JUMLAH
    Institusi 16 97 113
    Di Rumah 3 34 37
    Komuniti 0 1 1
    Tempat Kerja Awam 0 3 3
    Tempat Kerja Swasta 2 4 6
    JUMLAH 21 139 160

Lampiran

Tiada Lampiran.